Kandungan Blog Aku

Jumaat, 10 April 2009

Burung, apa Kata Orang2 Tua


Kat kampung tu memang sunyi, aman dan damai. Yang memecahkan keheningan hanyalah kicauan unggas2 saja, maka orang dulu2 selalunya tersentak bila tak semena mena kedamaian itu tercemar. Dari nyanyian si unggas maka berfikirlah mereka hingga melahirkan fatwa2 berikut.

Kalau murai lunak berkicau dan ramai pulak tu, tandanya ada orang nak balik kampung. Selalunya anak2 merekalah, maka mereka pun siap mengejar ayam untuk disemoleh untuk hidangan kepada anak kesayangan. Malahan bukan murai sahaja, burung2 lain pun serupa juga, namun murai lebih strong keyakinan yang anak2 mereka akan balik.

Gagak pula, kalau ianya berbunyi dan lalu atas bumbung rumah alamat ada orang akan mati. Tu sebab gagak ini dilaknat oleh orang kampung. Tak jauh jugak bezanya dengan orang bandar, burung pengotor. Cissss....!

Pada malam hari pula, kalau berbunyi burung kuang-kuit, tandanya harimau ada bersama burung tu. Burung ni adalah 'valet' kepada sang harimau. Kiranya kuang-kuit berbunyi maka terketar-ketarlah orang atas rumah. Pada hal takder mananya pun!

Burung bebirek pula, kalau dia menyanyi waktu siang tiada masalah. Tapi kalau berbunyi di tengah malam dan ramai pulak tu, tandanya burung2 itu adalah anjing2 kepada hantu raya. Maknanya adalah hantu raya sedang mundar mandir atas atap rumah kita. Ini pun serammm, tapi sekarang takda papa pun!

Last sekali yang saya syok sangat ialah burung tattibau, gamaknya dulu2 kalau takder burung ni kelam kabutlah solat subuh dan maghrib mereka. Ini kerana kicauan burung inilah penanda masuknya waktu subuh dan maghrib. Yang pelik tu, masa tu pulak lah siburung ni menyanyi.

Setakat ini itulah 5 ekor burung yang saya hengat, mungkin ada lagi. Tapi 5 jenis ni memang banyak pun kat kampung, burung2 jenis lain asyik kat dalam hutan jer!

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tattibau ? agak pelik nama tu... ni la baghu saya dengar.. bukan burung gembala kerbau ke? yg selalu hinggap kat atas belakang kerbau tuh...

Tanpa Nama berkata...

http://thumb14.webshots.net/t/59/59/5/31/93/2117531930027254574wfIPWO_th.jpg

ANUAR ZAIN berkata...

Anon: Tattibau tetap tattibau, bunyi nya pun macam tu..tatt ti bo...tat..ti..bo! Hari siang dia tido dalam semak2 tu, senja dan awal pagi baru dia keluar cari makan. Burung gembala kerbau tu namanya 'mynah'! Boleh identify tak sapa Anon ni?

checkgo berkata...

Ada sesiapa yg ada gambar burung kang-kuit boleh lah post kat sini.banyak cerita tentang burung ni dan kalau google pun tak ada!

pajam berkata...

Burung sekokoh. Bunyi dia koh koh koh koh
Tanda ada orang nak mati

Queen Shahrazat the Snowflake Of Sahara berkata...

Betul tu.. Ada cerita di sebalik burung tak ti bau tu. Orang dulu2 bercerita.

Queen Shahrazat the Snowflake Of Sahara berkata...

KEBANYAKAN burung yg dlm list tu popular di n9. Terutama burung belibis. Mengikut kata arwah wan saya burung tu pengiring hantu tinggi. Oleh itu kalo bunyi di mlm hari. Elok baca doa. Ada jugak yg mengatakan pengirim berita kematian

Unknown berkata...

Adimar

Unknown berkata...

Saya burung murai gila masuk malam jam3.pagi apa asbabnya

Aie Rg berkata...

Tapi bila burung kuang kuit berbunyi sekali berbau bangkai tapi lembut di dusun saya angkat kaki dulu... Ok