Kandungan Blog Aku

Rabu, 18 Ogos 2010

Kepayahan hidup

Terkedu jugak saya bila mendengar kisah hidup saorang kawan yang baru saya kenali. Beliau menceritakan kisah hidupnya, begini ceritanya:

Lahir dari keluarga sederhana dikampung juga, namun mampu jugak menamatkan persekolahan dan mampu memperoleh Sijil MCE pada pertengahan tahun 60an dulu. Maka memohonlah berbagai pekerjaan atau pun kemasukan kemana mana kolej yang beliau layak. Nasibnya baik kerana dengan pantas mendapat jawapan bahawa MARA bersedia untuk menerimanya belajar di Maktabnya di Shah Alam. Namun beberapa dokumentasi perlu dikemaskini termasuklah satu bahagian 'referee' yang perlu diisi oleh pegawai kerajaan Division Satu.

Tiada saudara mara yang layak dalam tahap jawatan itu. Maka terpaksalah beliau berjumpa dengan Wakil Raayat. ADUN itu pun tidak sanggup menandatangani kerana ianya melibatkan wang yg banyak jika 'pelajar' itu engkar atau dibuang nanti. Kawan saya ini dengan rasa amat kecewa terus mengoyakkan borang tersebut.

Pada keesokan harinya, awal pagi lagi beliau telah bertolak ke KL untuk meneruskan kehidupan baru. Jalan yang sejauh 150 batu itu mampu di atasinya dalam sehari suntuk dan menginap ditepi sebuah bangunan besar di Kuala Lumpur. Seterusnya hidup getir terus menyelubungi dirinya, namun perkara ini memang sudah diramalkan olehnya maka ketabahan hati jualah yang mampu menebalkan tekadnya. Dalam tempoh dua minggu pertama memang begitu serik dan payah baginya, dan ada kalanya juga pernah beliau mencari sisa2 makanan yg terbuang demi untuk menyambung hidup.

Apabila sudah mendapat kerja dan dibayar gaji harian maka bertambah cerahlah kehidupannya. Dengan azam yang kuat untuk memajukan dirinya beliau terus meningkatkan dirinya dengan belajar lagi serta memohon kerja yang lebih bertanggung jawab.

Di akhir qalam.....di pertengahan umur 50an beliau telah memperoleh Phd nya serta menjadi saorang Professor di sebuah University yang termuka di negara kita ini. Dan juga diberi anugerah Dato' dari salah sebuah negeri di malaysia ini.

Tahniah sahabatku....elok sangat jadi satu contoh kepada anak2 kita yang masih bergelumang di bangku2 sekolah!

2 ulasan:

MENTIBANG LAUT berkata...

siapakah gerangan sahabat tok ni? citer la sket..nti add kat fb ek.

ANUAR ZAIN berkata...

Dia ni salah saorang professor yang berkhidmat di IPTS saya.