Ah Chong tinggal dipekan kecil berhampiran dengan kampung saya. Usianya telah menjangkau 80 tahun dan semakin uzur. Isteri beliau telah lama meninggal kerna sakit tua dan anak-anaknya pun telah dewasa dan berjaya dalam hidup mereka dan menetap dibandar. Maka tinggallah Ah Chong sendirian dirumahnya menikmati sisa-sisa hidupnya.
Namun Ah Chong tidaklah kesunyian kerana beliau juga mempunyai sahabat yang ramai dipekan itu dan lazimnya-lah sahabat sahabat beliau dari keturunan orang-orang Melayu. Walaupun anak-anak beliau mempelawa untuk membawanya tinggal bersama dengan mereka di bandar, namun Ah Chong menolak kerana dirumahnya sendiri beliau lebih selesa dan mempunyai ramai sahabatnya dipekan kecil itu.
Begitulah keadaan hidup Ah Chong, masih mempunyai sahabat setia disekelilingnya. Namun yang paling beliau rapat sekali ialah saorang Haji yang benar-benar menjadi sahabat karibnya. Saban hari beliau sentiasa bersua muka dengan Haji ini dan dengan cara ini menghiburkan juga hatinya.
Pada satu hari Ah Chong jatuh sakit. Ramai sahabat-sahabat beliau menziarahinya termasuklah saudara maranya dari jauh. Lama kelamaan penyakitnya semakin teruk dan Ah Chong sedar bahawa ajalnya kian menjelma. Sahabat karibnya Tuan Haji sentiasa mendampinginya dan memberi kata-kata semangat dan juga membantu apa-apa yang perlu.
Dikala itulah terbuka hati Ah Chong memohon kepada Haji sahabatnya itu untuk menolongnya memberi sebarang bekalan untuknya meninggalkan dunia ini.
Maka si Haji pun mengajarlah si Ah Chong mengucap dua kalimah shadat. Dan dengan mudah si Ah Chong mengikut ucapan kalimah tersebut yang dilafazkan olih Tuan Haji itu. Sebaik sahaja ucapan itu dilafazkan oleh Ah Chong maka disitu jugalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Matinya Ah Chong dengan lafaz Ashaduan La illah haillallah waashaduan na Muhamad da rasullullah.
Nyata Allah subhanahu wataala mahukan Ah Chong mati dalam beriman kepada Tuhan. Walaupun hidupnya hampir 80 tahun menyembah berhala namun diakhirnya Tuhan benar-benar memberi hadayat Nya kepada beliau. Huallah hualam bissawab.

0 ulasan:
Catat Ulasan