Kandungan Blog Aku

Jumaat, 19 Disember 2008

Tattibau, sejenis burung

Tattibau ialah sejenis burung yang begitu sinonim bagi mengetahui waktu masuk solat subuh atau solat maghrib bagi orang-orang Melayu dahulu kala. Masa dulu adalah serba kekurangan dan manusia menggunakan alam sekelilingnya untuk meneruskan aktibiti hidup seharian.

Burung tattibau ini akan bernyanyi diwaktu pagi sebaik sahaja masuk waktu subuh dan juga bila masuk waktu maghrib. Di siang hari burung ini akan tidur di semak-semak di sekitar kampung.



Di surau-surau dan jugak di mesjid-mesjid akan dipukullah tabuh-tabuh menandakan waktu solat sudah masuk. Ketika itu jugalah burung tattibau akan berterbangan di udara dengan nyanyian mereka.... tatttt tibauuuu, tatttt tibauuu...!

Burung ini menyanyi sekadar waktu yang sengkat sahaja iaitu semasa petang, cahaya terang menjadi gelap atau waku pagi, gelap menjadi terang.


Burung tattibau ini bulunya berwarna pirang dan besarnya adalah sebesar burung merpati. Ianya memakan ulat-ulat yang berterbangan di waktu pagi dan juga di waktu senja. Tempat tinggalnya adalah di kawasan hutan sekitar kampung. Ianya bertenggek di atas tanah selalunya, tetapi ada juga kelihatan hinggap di dahan dahan yang rendah. Kalau kita memasuki hutan disekitar kampung, kita kan terserempak dengan burung ini. Ianya akan terbang dan hinggap diatas dahan kayu, tetapi selalunya sebelum dikacau, ianya bertenggek di atas tanah sahaja.


Kini tattibau masih menyanyikan lagu indahnya tetapi jumlah mereka kian berkurangan dan kemungkinan akan kian pupus. Manusia tiada lagi menggunakan khidmat mereka kerana kemudahan moden sudah ada. Maka kegemilangan tattibau akan berkubur sama dengan kepupusan mereka.

3 ulasan:

Pak Ungga berkata...

Ada juga orang panggil 'taptibau', namun yang paling terang saya dengar dari nyanyian unggas ini ialah..TATTIBAU!!

Tanpa Nama berkata...

oooh, aku amat merindukan bunyi burung ini, di tengah rembang senja.sekarang tinggal kenangan.

Mohd Saad Hamid berkata...

Burung ini sama spesis dgn burung tukang. Dikenali sebagai Eared Nightjar.
Bunyini boleh oleh dengar kat link di bawah ini.

https://www.youtube.com/watch?v=VipWrIMxfMo