Saya petik berita ini dari harian mEtro bertarikh 13Feb2009....
Jeddah: Seorang pemuda Saudi yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Ahmad Rajab bakal melangsungkan pernikahannya secara online di Internet.
Beliau yang akan mengahwini gadis dari Madinah tidak dapat menyertai majlis perkahwinan di Jeddah kerana pengajiannya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Marymount belum tamat.
Ahmad dilapor bimbang jika pulang ke Arab Saudi, beliau mungkin berdepan masalah untuk mendapatkan visa.
Kerani perkahwinan bersedia mendaftar perkahwinan itu jika pengantin lelaki memberikan pengesahan bagi pihak Ahmad yang disahkan oleh Kedutaan Saudi di Washington.
Ahmad turut diwajibkan sijil kesihatan yang disahkan kedutaan dan disokong Kementerian Luar Negara dan mahkamah Shariah.
Ahad, 15 Februari 2009
Nikah di Internet
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, Februari 15, 2009
Label: knowledge
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan