Kandungan Blog Aku

Isnin, 16 Mac 2009

Kumbang menyeri bunga


Sudah lumrahnya kumbang menghisap madu yang terdapat dari bunga bunga, kerana itulah pun makannanya. Dengan berbuat demikian kumbang juga menjadi alat pendebuan stigma dari bunga untuk dikawinkan dengan bunga yang lain supaya bunga boleh menghasilkan buah. Tugas kumbang ini sangat penting dan amat perlu sekali bagi alam semesta supaya pokok-pokok akan berbuah dan meneruskan generasi pokok tersebut sampai bila bila pun.

Bagi para penyair dan pencipta karya tugas kumbang ini dilihat sebagai satu seni yang mengaitkan kepada percintaan dua insan yaitu teruna dan dara. Namun hakikatnya kiasan tersebut memang tepat pun kerana tanpa terna siapalah pula dara. Kumbang diibaratkan sebagai teruna dan bunga pula sebagai dara. Dara akan bertambah berseri dan jelitanya apabila diserikan oleh kata-kata manis dan pujuk rayu teruna. Teruna akan memberi harapan setinggi gunung kepada dara dan menjadi tempat bermanja serta belaian kasih oleh si dara.

Maka nyatalah kumbang menyeri bunga bukanlah semata mata satu ungkapan penyair atau penyajak untuk mengindahkan bahasa. Ianya tersirat berbagai maksud yang amat menyegarkan harapan bagi setiap dua makhluk insan yang sedang bercinta.

0 ulasan: