Kandungan Blog Aku

Rabu, 29 April 2009

Wak Kandar

Lama dah cerita ni, saya bertemu dengan Wak Kanda beberapa tahun yang lalu. Masa itu dia tinggal di pondok buruk dalam kawasan rumbia di hujung kampung di kawasan Batu Pahat, Johor. Bila menghampiri pondoknya saya memberi salam namun tiada dijawab, hinggalah sampai memberi salam ketiga baru dijawab. Ketika itu pun saya sudah berada didepan pondoknya dan berhadapan denganya yang sedang duduk di berandah.

Saya mulakan bicara dengan 'Kenapa Wak tak jawap salam saya Wak?'
Dengan spontan dia menjawab, 'Wak ada diseberang tadi, bila dapat salam Wak terus bergegas kesini!'

Oh, tak apalah kalau gitu fikir dihati saya. Satelah memerhati sekeliling dan ke dalam pondok saya dapati keadaannya sangat dhaif sekali. Bila saya bertanya samada dia sudah makan belum, maka dijawabnya baru lepas makan rebus pisang katanya. Bila saya lihat dalam periok kecilnya nyata pisang itu sudah beberapa hari dalam periok itu tanpa diusik sedikit pun.

Sekitar luar rumah terdapat banyak burung merpati, unggas2 lain dan juga ayam peliharaan jiran bermain main. Suasana hutan menyelubungi keadaan dan kicauan burunglah yang membuatkan suasana sungguh nyaman dan syahdu sekali.

Kami berbual seketika dengan Wak Kanda, dan dari perbualan tersebut sememangnyalah tinggi amalan yang dihayatinya. Namun dia juga tidak kedekut dengan ilmunya dan darinya saya sempat juga bekalan sebaris dua ayat amalan darinya.

Kian beberapa bulan selepas pertemuan itu, saya berkesempatan pula menemui saorang 'alim jauh diutara iaitu di Kedah. Darinya saya telah diberitahu bahawa Wak Kanda memang tinggi darjatnya dan beliau kini telah meninggalkan syariat dunia, khususnya makan minum dan hanya mengabdikan diri pada Tuhan. Beliau juga telah diberi tanggungjawab untuk menjaga unggas2 yang ada dikawasan ini.

Huallah hualam bissawab.

8 ulasan:

MENTIBANG LAUT berkata...

sapo ni wak kanda? mcm ada kaitan dengan wali songo yo..

Tanpa Nama berkata...

brtuah dpt jumpa org2 mcm ni kn??? klu dpt ilmu dia lg baik... modah2an wak kanda sntiasa sihat dn dlm lindunganNya

ANUAR ZAIN berkata...

ML: Setahu den dio wali jugak lah! Dio Jowo gak, dio cover Malaysia dan Indonesia. Las my friend kato dio kek Pahang plak!

ANUAR ZAIN berkata...

Soca: Ada gak tanya2, tapi dia dah hilang dah! Mungkin dah menetap di seberang gamaknya!

ANUAR ZAIN berkata...

Gambar tiada, selepas dia meninggal dunia, pondok di robohkan dan tiada apa yg tinggal dan kuburnya ada di Kg Linau Kecil iaitu kg sebelah Linau Besar

mustafa8785 berkata...

Terima kasih pada pesanan akan datang

Unknown berkata...

meninggal..abis wak kandar yang ada kat bt pinang benut tu sapa pulak..yang dikabar dirinye hidup semula..dibangkitkan semula.tak pelik ker..

Rahman berkata...

Assalam....bole x ijazahkan amalan2 ilmu yg saudara dpt dr wak kandar kpd saya