Kandungan Blog Aku

Jumaat, 28 Ogos 2009

KAMPUNG SOEHARTO


Saya telah berpeluang untuk meziarahi kampung yang sungguh indah ini. Apa yang sangat menarik bagi diri saya ialah semasa menunaikan solat Jumaat di mesjid kampung ini. Alangkah mesranya setiap pengunjung mesjid yang akan menunaikan solat Jumaat, kerana saya terasa perbezaannya dibandar tempat saya tinggal.

Semasa hadir dalam mesjid ada memakai penutup kepala, samaada ianya ketayap, serban, songkok dan sebagainya, tak saorang pun saya terlihat yang tidak memakai tutup kepala. Indah dipandang serta patuh betul dengan disiplin atau tertib ugama.

Kemudiannya apabila saya duduk, setiap makmum pasti akan bersalaman dengan setiap jiran tempat ianya duduk. Mahupun ianya jiran sebelah kiri atau kanan, yang duduk dibelakang pun turut sama ia menghulurkan tangan. Perbuatan begini sangat indah bagi saya kerana ditempat saya kurang dilakukan begini.

Begitulah keadaan kampung yang sentiasa sederhana namun mampu untuk menghidupkan semangat silaturrahim yang amat indah sekali. Alangkah eloknya jika rakyat dibandar juga mengekalkan semangat yang sama.

0 ulasan: