Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Jumaat 10hb September 2010. Saya pulang kekampung pada hari khamis petang. Sepatutnya boleh balik lagi awal tetapi terpaksa menunggu anak perempuan yang masih berkerja pada hari itu. Mujurlah boss dia lepaskan dia awal, maka pukul 3 petang kami berlepas. Seperti yang amat ditakuti, jalan mungkin jam setiap kali menyambut Hari Raya. Namun pada kali ini mudah2an lapang jalan dan dapat sampai rumah Mak dalam tempoh 2 jam sahaja. Jalan Bukit Putus pun sudah lurus, dan ini menambahkan lagi keselesaan memandu balik kekampung.
Elok juga sampai awal dikampung kerana Mak tak berdaya nak mengerjakan daging dan tulang2 rebusan. Saya dengan anak saya sempat membantu dan pada malam itu direndanglah oleh ibu daging sebanyak 5 kilo itu. Rebusan pun elok dah saya lapah2 dan terus dimasak. Pada malam hari raya semuanya beres. Lemang emak dah masak pada petang sebelum kami sampai. Kesian Mak! Dah berumur 82 tahun masih kuat kudratnya untuk buat lemang dan sebagainya cuma untuk menghidangkan kepada anak2 dan cucu2nya.
Pada pagi raya, kami pergi solat sunat hari raya di Mesjid Terusan. Alangkah indahnya mesjid, semuanya baru dan moden. Dari kabar berita yang saya pungut, anak watan kampung kami telah mendermakan sebanyak setengah juta ringgit untuk menaik puleh mesjid usang itu. Dato'Ramli namanya, jiran langkau 3 buah tapak rumah jer dari rumah Mak. Semasa solat hari raya, beliau masih dalam perjalanan pulang dari Jerman. Padatengah harinya baru dia sampai maka tak sempatlah jumpa dengan beliau.
Memang pun dia orang kaya, buat biznes gas dan petrol. Di India khabarnya beliau telah membina sabuah mesjid dan siap mengajikan saorang Imam untuk operasi seharian mesjid itu. Semoga sedekah jariah beliau direstui Tuhan dan beliau memperoleh banyak lagi kekayaan. Orang jenis ini elok sangat jadi kaya kerana kekayaannya di faraidkan untuk kebajikan dan amal ibadah menuju Allah. Pada hari raya kami menerima kunjungan tetamu, cuma pada lewat petang sempat berhari raya ke rumah saudara mara yang rapat.
Pagi raya kedua, saya berlepas ke Ipoh untuk berhari raya dirumah saudara mara belah isteri saya di Ipoh pula. Sampai Ipoh jam 2 petang dan mampu cover 4 bijik rumah sampai jam 11 malam. Pagi ini raya lagi dan pukul 5 nanti akan kembali ke KL, itu pun ikut nasihat Radio, supaya orang utara digalakan memndu balik ke KL dari jam 4 ptg hingg 7 malam, demi untuk menyelaraskan keselesaan di jalan raya.
Seperti tahun sudah2, sememang hari raya memberi keceriaan kepada kami semua kerana dapat bertandang ke rumah sanak saudara yang mana hanya mampu dilakukan sekali dalam setahun ataupun dua tahu. Alahaiii...
Ahad, 12 September 2010
Hari Raya 2010
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, September 12, 2010
Label: Peristiwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan