Kandungan Blog Aku

Selasa, 27 Januari 2009

Gerhana Matahari


Pada hari ini 27 Januari 2009 jam 5.30 petang hinggalah jam 6.30 petang telah berlaku Gerhana Matahari dan boleh dilihat di kawasan Kuala Lumpur dan juga di kawasan lain. Memang pun saya tahu kejadian ini, tetapi pada tarikh yang ditunggu tunggu saya terlupa pulak.

Namun begitu anak saya ada memberitahu kapada saya bahawa dia ada melihat gerhana itu kerana dia pun tinggal tidak jauh dari rumah saya ini. Agak sering jugak saya melihat gerhana ini dalam tempoh kehidupan saya ini.

Gerhana yang berlaku hari ini ialah gerhana matahari. Ianya terjadi apabila bulan berada tepat di antara bumi dan matahari. Makanya matahari akan kelihatan gelap apabila cahayanya disekat oleh bulan yang berada ditengahnya. Apa yang terjadi hari ini tidaklah gerhana menyeluruh tetapi sebahagian sahaja, maka tidaklah bumi gelap keseluruhannya.

0 ulasan: