Semalam 24 Jan 2009, saya bersama dengan keluarga pergi menjamu selera dengan makanan 'steam boat' di Restoran Johny di One Utama, K.Lumpur. Memangnya selalu kami datang ke restoran ini kerana ianya dijamin halal dan menarik juga hidanganya. Sungguhpun banyak kedai steam boat yang lain, namun kedai ini adalah yang terbaik bagi kami. Ianya murah dan senang dikunjungi.
Ianya adalah bersempena juga dengan sambutan harijadi istri saya. Selesai jamuan itu kami mengadakan upacara rengkas memotong kek. Sudah pastinya cucu sulung saya Adam paling seronok dalam hal potong memetong kek ini.
Disamping jamuan yang tak sepertinya ini, kami juga dapat berjumpa mesra anak beranak. Mereka juga yang mengatur jamuan ini. Tidaklah mahal pun, memang dalam kemampuan mereka pun. Gambar diambil dengan menggunakan kamera baru saya Olympus SP-565UZ, kiranya menguji hasil kamera barulah ni.
Ahad, 25 Januari 2009
Steam Boat
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, Januari 25, 2009
Label: My souvenirs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan