Kandungan Blog Aku

Jumaat, 23 Januari 2009

Kamera Baru

Semalam petang saja saja jer ronda-ronda di Pasaraya The Mall. Sememangnya saya minat kamera, dahtu kamera yang ada pun dah rosak maka masuklah kedai kamera di ground floor tu. Tengok punya tengok datanglah si towkay Mr Loo memberi serba sedikit penerangan berkenaan kamera. Si towkay ni pun baik sangatlah budi pekertinya.

Mula mula saya tertarik dengan kamera digital sebesar kotak rokok tu yang berjenama Nikon. Harganya berpatutan pula RM699 saja. Belek punya belek, saya berasa was-was pulak kerana saya sudah memiliki 2 jenis yang sama iaitu Canon Lixus dan juga Fujifilm F440. Malangnya kedua dua kamera ni sudah rosak dan tak berfungsi lagi. Mengikut kedai repair, ianya memakan kos yang tinggi untuk membaikinya dan mereka nasihatkan saya supaya beli yang baru sahaja.

Pasal nasihat itulah yang membuatkan saya lagi berat nak membeli yang baru. Memendekkan cerita, pekenanlah saya sebiji kamera yang berjenama Olympus 566, maka saya belilah dia. Lepas ni saya berhasrat untuk menghasilkan gambar2 yang lagi sharp untuk blog dan Webpage saya, Insyallah!

0 ulasan: