Kandungan Blog Aku

Ahad, 4 Januari 2009

Sifat penjahanam insan




Baru saja saya terbaca dari mana entah berkaitan dengan keruntuhan seseorang insan. Mengikut ahli fikir tersebut bahawa manusia akan jahanamkan diri mereka dengan 3 sifat negatif iaitu Ketagihan, Kesombongan dan Marah.

Ketagihan adalah sesuatu sifat yang amat negatif. Ini merangkumi kepada ketagihan arak, dadah dan juga beberapa perbuatan yang tidak baik yang asyik kita lakukan sperti sebutan kaki botol, kaki judi, kaki perempuan dan berbagai kaki lagi.

Sementara kesombongan pula menjurus kepada sifat hidung-tinggi, riak, suka bermegah dan menganggap dirinya lebih dari orang lain dan mempunyai kelasnya tersendiri. Malahan sikap riak juga adalah sifat iblis yang diperakukan oleh ugama kita.

Yang terakhir adalah sifat pemarah. Satu2nya sifat manusia yang membawa banyak kemudharatan pada dirinya sendiri. Lawan marah adalah sabar, sabar merupakan sifat terpuji manusia yang sangat2 dituntut oleh ugama kita.

Nah, ketiga-tiga sifat tersebut diatas jika mampu dielakkan oleh manusia maka manusia itu akan berjaya dalam hidupnya dan sentiasa diredhai Allah. Tatti berpesan pada diri sendiri supaya dijauhkan tiga sifat tersebut diatas oleh Allah subhanahuwataala.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin. Semoga kita dijauhkan dari sifat2 buruk dan selalu di beri petunjuk oleh Allah SWT agar mendapat jalan yang lurus.

Tanpa Nama berkata...

salam tatti... ye la, kdg2 tu ade gak dtg sifat negatif mcm cepat marah, apekan daya kita hanya manusia biasa