Kandungan Blog Aku

Isnin, 23 Mac 2009

Fraser's Hill


Masa cuti cuti ni eloklah bawa anak anak berjalan makan angin. Selain dari merehatkan pala otak elok juga memberi mereka pelajaran dan juga berinteraksi lebih rapat bersama keluarga. Ibu bapa pun lagi seronok dapat menceriakan minda mereka dan juga anak anak mereka. Saya pilih Fraser's Hill kerana dekat ngan KL, cuma bawah 2 jam jer dari KL.

Naik ke Fraser's Hill dari kaki bukit kena selang seli sebab jalannya sempit. Naik keatas ialah jam angka ganjil seperti pukul 7,9,1,1,3,5,7, turun pula jam angka genap seperti 8,10,12,2,4,6. Dari Kuala Kubu ke kaki bukit ni memakan masa 30 minit jer dan dari kaki bukit ke puncak memakan masa lebih kuran 20 minit.

Fraser's Hill tingginya 1250 meter dari paras laut. Ianya sangat dingin dan seronok sekali bagi yang dah biasa sangat berpanas kat bawah tu! Pemandangannya sangat indah dan banyak terdapat rumah2 besar kepunyaan kompeni2 dan juga orang2 kaya kat atas ni. Hotel dan Resort juga sangat banyak terdapat diatas puncak bukit ini serta harganya sangat berpatutan.

Yang sangat menarik bagi saya ialah dengan burung2nya. Terdapat lebihkurang 260 species burung yang cantik2 disini. Saya mampu bertemu dengan 10 specie sahaja dan semuanya cantik2 belaka. Bagi kanak2 mungkin pertemuan ini lebih menyeronokan bagi mereka malahan juga satu pelajaran yang amat berguna. Negara kita mempunyai banyak keindahan yang tersembunyi yang kita sendiri mampu menyingkapnya.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cantik gamba air terjun tuh..

-ryn-

Tanpa Nama berkata...

bestnye...

ANUAR ZAIN berkata...

To Ryn: Abah guna Kamera Kamil lah tu. Sib baik dia bagi pinjam! Hehe..

To Tera: Bawak lah anak2 kat situ. Burung banyak yang cantik2 untuk meningkatkan minat diorang

Tie berkata...

Memamg Tie teringin ke situ, tapi tak de peluang lagi...mungkin cuti sekolah boleh ke rumah adik di shah alam dan jalan2 ke Fraser Hill....

Divemuster berkata...

Hi. You got quite good pictures of the birds too. I've got the ID from the MNS bird group. The 1st photo you have is the Silver-eared Mesia and the 2nd photo is the Long-tailed Sibia.

Glad to have met your acquaintance and hope you would consider joining MNS (www.mns.org.my)

ANUAR ZAIN berkata...

Tie: Terima kasih kerana datang jugak melawat blog saya. Kami selalu gak gi Fraser's Hill kerana dekat, cuacanya sejuk dan cantik kat sana.

ANUAR ZAIN berkata...

Divemaster: Thanks for the visit. Definitely I am going to join the MNS. Sound interesting as what you told me. By the way have you browsed my KELICAP yet? My birds are all there.

Seno berkata...

wow bukit yang indah. hasil fotonya juga sangat bagus. apa kabar nih? lama tak bersua didunia maya.

ANUAR ZAIN berkata...

Kang Seno, thanks kerana sudi mencemar masa untuk lawat blog saya. Terima kasih juga atas compliments. Keep in touch Kang, your blog is very inspirational to me.