Semua orang kenal apa itu maggi! Sekarang sebungkus maggi berharga 50 sen dan ada juga yang lebih mahal dari itu. Dulu masa saya muda2 sebungkus maggi cuma 20 sen sahaja sebungkus. Makanan rengan ini banyak betul menolong saya kerana ianya rengan dipikul dan sedap dimakan. Masa muda saya bekerja dalam hutan, purata setiap kali masuk hutan bawa ransum untuk 20 hari. Mana larat nak pikul tin sardin banyak2, maka maggi lah penyelamat saya.
Bagi pelajar2 pula maggilah yang banyak menolong mereka. Berbanding dengan nasi dan lauk sepinggan boleh mencapai $3 - $5 dan ini sangat membebankan poket. Maka maggilah yang paling murah dan sedap pula dimakan. Ada kalanya mereka share, 10 orang masak maggi 5 bungkus jer. Masak pulak tu dalam baldi plastik yang cuci baju tu, senang jer tuangkan air panas kedalam baldi tu, 2 minit masaklah ia. Chop-stick nya pula pakai batang brus gigi jer... Begitulah bagi menjimat kos duit makanan, bukannya semua senang!
Ada satu kes pulak, untuk emergensi simpan sebungkus maggi dalam bag pakaian dan letak tinggi atas almari. Emergensi berlaku, satu hari suntuk tak makan sebab takda duit, minum air paip jer. Kuliah sambung malam dan tamat jam 12 malam. Perut bukan kepalang lapa pulak, lega jugak teringat ada sebungkus maggi emergensi tersorok dalam beg atas almari. Terus balik dorm dan ambil beg atas almari...alamak, maggi sudah tak ada! Rupa2nya ada jugak pencuri dalam bilik itu, maka berlaparlah sehingga dapat bantuan dari Tuhan yang maha kuasa!
Khamis, 2 April 2009
Maggi..alahai!!
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Khamis, April 02, 2009
Label: My souvenirs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Hi Tattibau! Thank you so much for the compliment and visit!
Bluebonnets are my favorite!
Love your photos!
-Countrygirl
as'kum tok tatti, tkkan cukup mkn megi je... makin luruh rambut nanti.. hehe
miss you,
za
To Sandra, thanks for the visit. My all time favourite are the roses. The blue-bonnets must be very beautiful the. Wish we have it here too.
To Za, Waalaikumsalam, Tuhan amat mengetahui, dia sayangkan umatnya. Saya dan mereka yg memakannya kerana terpaksa bukannya makanan kesukaan. Murah dan rengan.
Maggi juga penyelamat ketika penyakit malas datng..hehhehe. Kan?
To Az: Orang bujang slalulah camtu atau bini uzor/balik kampung bersalin!
Catat Ulasan