Kandungan Blog Aku

Ahad, 7 Jun 2009

Lata Kinjang, Perak



Semalam saya pergi jemputan kenduri kat Perak. Kebetulan rumah kenduri tu tak jauh dari Lata Kinjang, maka lepas makan kenduri kami pergilah ziarah lata tersebut, apatah lagi rombongan saya pun ramai pulak kanak2. Memang pun mereka seronok dapat bermain dengan air sejuk di lata tersebut.



Sebaik sahaja kami mendekati lata 200 meter, terdapat satu road-block, kutip $1.00 dari sebiji kereta. Lepas itu masa nak parking kat kampung tu kena lagi $1.00 kerana itu adalah kawasan perumahan mereka (orang asli). Jalan nak masuk pula sangatlah sempit dan kereta parking tepi kanan jalan dan sebab itu jugaklah saya terpaksa masuk kompaun rumah orang untuk parking. Memang ramai pun tetamu lata pada hari hujung minggu ini.



Saya tidak mandi pun. Cuma anak2 buah sahaja yang turun ditempat cetek itu untuk mandi manda. Itu pun buat beberapa minit sahaja, cepat mereka naik balik kerana menggigil kesejukan. Memang pun airnya sangat sejuk dan jernih. Saya suka tengok tempat perkelahan yang bersih begini, cumanya agak sempit sedikit kerana terlalu ramai pengunjung.

5 ulasan:

Bapak berkata...

Salam,

setahu Bapak kutipan RM1 tue illegal coz sorang kawan Bapak pernah check dengan Majlis Daerah Tanjung Malim.

tapi kurang berpantauan diorg ambil kesempatan terutamanya kepada orang luar...

ANUAR ZAIN berkata...

Tak apalah Bapak, itu kawasan orang asli dan pengutip itu pun orang asli. Pengunjung2 ke water fall itu pun anugerah Tuhan kepada orang asli jugak tu!

Tibang berkata...

satu hengget je..di sini pun sama, ada kawasan air terjun yg org kampung jaga. dan yg menarik siap ada undang2 melarang pelawat memancing ikan. kalau tertangkap kena bayar dgn seekor babi pada ketua kampung. fuh..kalau kantoi mana nak cari tu..

Daya berkata...

tempat best cam tu memang selalu jadi tumpuan.. sonok mandi air sejuk.. rasa segar jek

ANUAR ZAIN berkata...

To Tibang: Dah tahu tu jangan lah buat! Babi mg susah nak cari skang!

To Cik_daya: Masa unkel kejer kat Bidor dulu (5 Tahun gak) selalulah mandi manda kat situ. Anak2 suka!