Hari Sabtu baru lalu saya pergi ke Pangkor bersama dengan anak saya dua orang. Dari KL saya guna Jalan Ijok, Kuala Selangor, Bagan Datuk, Setiawan dan Lumut, cuma 204 km sahaja dan memakan masa hampir 3 jam. Kalau ikut highway dan keluar Bidor mungkin lebih jauh dan lebih lama juga.
Dari Lumut kami naik ferri dengan tambangnya RM10 seorang bagi return journey. Dari jetty ke Hotel naik vam, juga RM10. Tidor semalam jer kat Pangkor iaitu di Seaview Hotel dan tempat ini sunyi sedikit berbanding dengan Teluk Nipah.
Sampai Hotel pukul 2 petang, kami terus mandi laut, kebetulan pulak laut depan bilik kami. Bes jugak air laut disini, jerneh dan bersih, namun masinnya masih serupa jugak dengan laut2 lain. Pada malamnya kami berjalan keluar cari makan, dan kembali ke bilik tengok TV.
Pada keesokan paginya kami lihat banyak burung enggang kat Hotel, jinak2 pulak tu! Kami ke laut lagi dan berendam lagi sehingga hampir tengahari. Ambil jugak kesempatan melawat Teluk Nipah dan sekitar tempat kami dengan menggunakan Motosikal yang kami sewa RM20 untuk sehari. Pada pukul 1 tengahari kami check out. Naik ferri dari jetty Pangkor ke Lumut dengan percuma kerana dia dah ambil RM10 semalam.
Lebih kurang begitulah ceritanya. Saya beri liputan mungkin ada pembaca yang belum pergi dan ingin pergi melawat ke Lumut. Memang tempatnya cantik dan air lautnya pun memang bes untuk bermandi manda.
Selasa, 16 Jun 2009
Pulau Pangkor
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Selasa, Jun 16, 2009
Label: My souvenirs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
dulu tempat kerja dgn pangkor dkt je..depan mata tapi tak pernah nak pergi pun. pernah sampai sekali je tu pun trip ramai2.
Pangkor tak pegi mana2, dia tetap ada disitu. Lagi lama lagi meriah dan hebat tempat tu. Air lautnya pun tetap bersih dan jernih. MB Perak orang situ pun, mestilah dia 'upkan' lagi Pulau ni!
So, Tibang datanglah melawat. Kok senang bawa Teja sama yer.... Hehehe!!
selalu dah g Lumut tapi belum kesempatan nak singgah Pulau Pangkor, kalau ada rezeki hujung Tahun nie nak cuti2 malaysia kat sana...
Daya gi kat Teluk Nipah, ramai orang! Unkel duduk kat Pasir Bogak tu sunyi sangat, takder orang. Tambang feri 10 hengget jer tahu, pergi-balik!
Catat Ulasan