Semalam saya pergi ke Kalumpang bersama dengan Boss saya untuk melawat kilang. Dalam perjalanan tu saya ternampaklah ditepi jalan atas sedikit dari Rawang banyak pokok kecil2 baru ditanam dengan suburnya. Boss saya kata itu adalah pokok bunga melur atau jasmine dalam bahasa Inggerisnya.
Mengikut beliau bunga melur sangat laris sekarang kerana patinya boleh dicampurkan dengan semua jenis minyak wangi bagi menyemarakkan lagi keharumannya. Mengikutnya lagi satu kilo pati bunga melur boleh mencecah harga US50,000. Ini bermakna satu kilo bernilai hampir RM200,000!!!
Di India ramai penanam dan pemetik bunga melur cacat kerana kaki mereka dipatuk ular tedung (cobra) dan terpaksa dipotong. Ini adalah disebabkan bauan yang amat wangi dari bunga melur ini juga telah menarik minat kepada ular tedung. Ular tedung juga minat dan suka sangat dengan kewangian bunga ini. Maka banyaklah mereka bermustautin di kebun2 bunga melur ini.
Penanam bunga melur di Malaysia mungkin agak selamat kerana ular tedung tidak berapa banyak di negara kita. Namun kalaulah betul kata Boss saya itu penanam bunga melur adalah bakal petani2 jutawan yang akan berjaya dinegara kita.
Apa kata? Nak tanam bunga melur tak?
Jumaat, 3 Julai 2009
Bunga Melur (Jasmine)
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Jumaat, Julai 03, 2009
Label: knowledge
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan