Kandungan Blog Aku

Rabu, 1 Julai 2009

Paya Indah Wetlands, Dengkil, SELANGOR


Semalam saya sempat melawat Paya Indah Wetlands di Daerah Kuala Langat Selangor. Ianya terletak ditepi jalan dari Banting ke Semenyih dimana saya ada tugas di Banting dan Semenyih, maka elok sangatlah saya mensiarahinya. Ini pun kali pertama saya lawati sungguh pub banyak kali ada terdengar dan membacanya.


Semasa saya melawat ianya agak lengang saja dan kurang sangat pelawat. Apatah lagi bukan musim yang sesuai pun, bilamana saya dapati tiada burung2 dan binatang kelihatan disekitar kompleks tersebut. Namun tempatnya memang indah dan terjaga dengan baiknya.







Kemudahan penginapan chalet nampaknya sangat indah dan selesa sekali. Elok sangat berholiday di tempat ini, itu pun kepada penggemar keindahan alam dan peminat burung dan hidupan liar. Saya berkesempatan melihat belakang buaya terapung di tengah tasik, namun bila saya turun dari kereta untuk menangkap gambar, ianya terus menghilang.


Apa yang di janjikan dapat ditonton di kompleks ini ialah badak air, buaya, burung2 penghijrah namun saya tidak berpeluang untuk menemui mereka. Mungkin lain kali agaknya. Pemandangan sekitarnya adalah indah dan menenangkan. Saya sarankan ianya amat sesuai untuk membawa anak2 yang masih kecil terutamanya semasa cuti sekolah untuk berriadah disini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akum..tumpang tanye..paya indah ni buka pada hari apa ye?