Bergambar untuk kenang2an dihadapan rumah emak..rumah pesaka.
Hari Raya tahun ini jatuh pada 20hb September 2009 bersamaan hari Ahad. Saya beserta keluarga saya merayakan hari yang berbahagia ini bersama dengan ibu kesayangan saya saya di Kampung Terusan, K.Pilah, Negeri Sembilan. Seperti biasa saya telah balik kekampung pada pagi Sabtu jam 10 pagi 19hb Sept 2009 dan sampai kerumah emak jam 3 petang. Perjalanan yang biasanya memakan masa 2 jam kini telah menjangkau hingga 5 jam kerana jalan sesak dengan kenderaan yang masing2 berpusu-pusu hendak balik kekampung.
Solat sunat aidilfitri hari raya bermula jam 0930 pagi di mesjid Kg Terusan Ulu. Penuh sesak tahun ini kerana lagi ramai penduduk asal kampungku telah pulang kekampung. Ada juga yang datang lewat dan miss solat kerana saya ternampak mereka sampai tergesa-gesa semasa kami melakukan solat. Saya terjeling kerana saya solat di saf depan diluar perkarangan mesjid.
Gambar kenangan di Ipoh
Selepasnya saya sempat berhari raya dirumah adik saya Noriah dan juga Jemiah sebelum berlepas ke Ipoh. Di Ipoh kami sempat berhari raya dirumah adik beradik isteri saya di Ipoh iaitu di Kampung Pari Hilir dan juga Tambun.
Berhari raya di rumah Kak Munah di Kampung Pari Hilir, Ipoh
Gara2 seorang cucu, yang sangat pintar dan caranya tersendiri mengenakan atuknya.
Rupa2nya ada juga muslihat terselit dihatinya semasa bersalaman Hari Raya.
Jumaat, 25 September 2009
Hari Raya Aidilfitri 2009
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Jumaat, September 25, 2009
Label: Peristiwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
tok, ape yg kat saku tu??? nakkkkkkkkk..... hehehe
best2..beraya ramai2. semua pic tu happening je..
Teja: Ada satu paket jer tinggal..nak ker? Dah habih pun, tunggu raya tahun depanlah ya!
Tibang: Every year mesti celebrate 2 tempat, Juaseh dan Ipoh. Adil kan?
Catat Ulasan