Pada 30hb November 2009 jam 2 petang saya sekeluarga telah keluar ke Ipoh untuk pergi makan. Balik kerumah jam lebihkurang pukul 4.30 petang. Sebaik baik saja saya masuk rumah saya telah terserempak dengan barang2 rumah dan pakai2an yang telah berselerak menandakan kecurian telah berlaku. Semua bilik dirumah telah digelidah dan barang bertaburan disetiap bilik.
Cuma 2jam setengah sahaja kami meninggalkan rumah, sipencuri telah bermaharaja lela dirumah kami. Satelah pemeriksaan dibuat didapati 2 biji komputer riba dan lain2 barang yang berharga telah hilang. Namun yang sangat saya kecewa ialah komputer riba saya yang menggandungi gambar2 yang tidak ternilai harganya pada diri saya telah hilang buat selama-lamanya.
Begitu juga dengan buku2 yang masih belum selesai saya tulis semuanya berada dalam komputer tersebut. Saya memohon kepada Allah subha nahu wataala agar komputer tersebut dapat ditemui semula atau yang terjumpa/terbeli/tercuri menyerahkannya kembali kepada saya.
Khamis, 3 Disember 2009
Peristiwa sedih
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Khamis, Disember 03, 2009
Label: Peristiwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
saya simpati dgn kejadian pecah rumah yang menimpa En. Anuar.
saya faham kehilangan laptop yang menyimpan banyak memori berharga itu amat dirasai...
isk2, sabar la ye...
sodih2...sabar yo tatti..laptop baru dah ado kan..lagi canggih den dongar.
Oh!... ada backup tak kat tempat lain data2 dan gambar tu?
Tabib: Tu yang sedih sangat tu. Ada back-up dalam external drive, tapi ed tu pun dikebas kerana ada bersama dalam bag computer!
Bapak, Teja & Mentibang: Terima kasih kerana tunjuk simpati! Lenkali aku kundang mana aku pergi lappy baru ku ini.
Catat Ulasan