Restoran Nasi Padang Andre ini terletak ditepi jalan lama selepas pekan Tg Malim menghala ke Slim River dan tidak berapa jauh dari Stesyen Minyak Petronas. Memang pun saya telah meminati masakan Encik Andre sejak lebih kurang 30 tahun yang lampau. Bagi orang-orang tempatan restoran ini memang terkenal sedap masakanya dan tidak kurang juga peminat2 dari jauh2 memang sengaja berhenti di kedai ini untuk menjamu selera mereka. Itu adalah bagi mereka yang mengetahui kedai ini dan pernah menjamu selera di restoran ini.
Baru baru ini dalam perjalanan ke utara saya berkesempatan singgah untuk makan tengah hari di restoran ini. Ianya dibuka pada pukul 1 tengahari, oleh kerana saya sampai awal 30 minit maka terpaksalah menunggu dalam kereta sehingga restoran dibuka. Tidak lama saya menunggu diikuti pula dengan beberapa biji kereta sampai dan juga menunggu untuk restoran dibuka. Akhirnya apabila pukul satu saya anggarkan lebih kurang ada 50 orang lebih menunggu di luar restoran untuk masing2 ingin menjamu selera di restoran ini. Sememangnya restoran ini adalah tumpuan bagi peminat2 masakan nasi padang.
Masakan yang sangat digemari pengunjung dan juga saya ialah masakan ayam kampungnya. Ada tiga jenis menu yang disediakan iaitu rendang, kari dan goreng ayam. Selain dari itu terdapat juga masakan udang, ketam, ikan dan sebagainya. Namun bagi saya rendang ayam nya begitu enak sekali. Ramai juga kawan2 kenalan saya yang telah menikmati masakan Andre ini dan mereka juga mengakui keenakan masakan Nasi Padang ini. Bagi sesiapa yang ingin ke utara, saya cadangkan eloklah mencuba juga. Memang sedap!!!
Sabtu, 5 Disember 2009
Nasi Padang Andre, Tanjung Malim
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Sabtu, Disember 05, 2009
Label: My souvenirs
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tatti..letak la pic..nak gak tgk rupo nasi dagang er camno
Nasi dan lauk takderlah, tapi gamba kedainya adalah!
Catat Ulasan