Kandungan Blog Aku

Selasa, 23 Mac 2010

Panassss


Minta maaf bebanyak kawan2 setiaku kerana mengabaikan blog aku ini buat sekian lama. Itu pun banyak kali kena tegur, tetapi sengaja berat sahaja hati nak meredah kembali blog2 yang telah aku buat ini. Antara lain sebabnya adalah pasal FB dan Wayn yang telah berjaya mengalihkan perhatian ku. FB pulak pasal ladang FV nya yang sangat mengasyikkan tu!

Kini aku dah tukar tempat pun, dulu duduk kat Kota Damansara dan sekarang dah pindah ke Bangi pula. Pindah masa musim panas, maka terasa sangatlah panasnya ditempat baru ni. Tempat lama dulu tak panas pasal rumah apartment tingkat satu, sejuk jer. Tapi sekarang terdedah sungguh dengan pancaran matahari dan bahang panasnya berterusan hingga malam hari.

Aku pun mendapat tahu bahawa di kampung pun panas juga, walaupun banyak pokok2 tetapi bahang pancaran matahari cukup kuat untuk ketahanan manusia. Kata TV panas ini akan berterusan hingga bulan Mei. Sementara itu tokay aircon mmg buat duit sungguh kerana masa inilah orang banyak buat keputusan nak pakai air=-con.

0 ulasan: