That was a very happy occasion.....
The long absence made the heart grows fonder. We were very happy then....
I am just writing my thoughts and interests. Along the way I expect to gather a few friends just like everyone else. I chose the name 'tattibau' as it is a local bird that sings in the early mornings and evenings only. In the olden days my kampong folks commenced their 'subuh' and 'maghrib' prayers once they hear these birds started to sing.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Jumaat, November 04, 2011 0 ulasan
Label: Peristiwa
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Jumaat, Oktober 14, 2011 0 ulasan
Label: Peristiwa
Hari ini hari yang paling gemilang bagi anakku Hafiz yang mana telah berjaya menerima scrollnya dari Tun Hasmah, Naib Cancellor University Multimedia, Cyber Jaya. Berbaloi sudah keringat yang mengalir didahi selama 4 tahun lebih. TAHNIAH anakku sayang!!!

Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Isnin, Oktober 10, 2011 2 ulasan
Label: Peristiwa
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Isnin, September 26, 2011 0 ulasan
Label: Peristiwa
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Rabu, September 21, 2011 1 ulasan
Label: Peristiwa
Baru sahaja mendapat khabar bahawa kawanku telah meninggal dunia semalam. Sedekah fatihah juga kepada allahharham. Memang kenal pun dia ni, sama sama masuk kerja dulu tapi dia berhenti awal kerana ingin melanjutkan pelajaran ke puncak gading. Akhirnya dia berjaya dan membuka firma sendiri dan gamaknya kaya rayalah tu.
Pagi tadi kawan seperjuangan yang lain pulak bagi tahu yang kawan ini telah meninggal dunia. Cara meninggal pun agak pelik dan sedih juga. Khabarnya dia terjatuh dari Hotel dan cedera parah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya.
Terfikir jugak saya, rezki dia begitu untuk saat2 akhir hidupnya. Namun saya belum tahu lagi! Apa2 pun saya berdoa agar Tuhan mempermudahkan serta memuliakan penyudahan hidup saya. Amin!
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Rabu, Mei 18, 2011 0 ulasan
Label: Peristiwa
Semalam saya pergi kenduri kawen adik sepupu saya Amirul Bahri di Sikamat, Seremban. Kenduri ini sememangnya indah sangat2, namun apa yang menarik ialah kenduri ini dibuat di sebuah teratak indah yang dikelilingi hutan. Teratak SRI RENUM memang dibina khas oleh Tok Chek dan Mak Cik Anum sebagai rumah persinggahan dihujung minggu atau semasa percutian sahaja.
Ianya indah sangat2, di penuhi dengan pokok2 bunga dan juga pokok2 buah2an yang dijaga rapi. Terdapat jugak satu kolam besar yang mempunyai pelbagai jenis ikan yang dibela di dalamnya. Pengunjung yang minat memancing memanglah terpukau menghabiskan masa mereka memancing, ikan pun jinak2 dan bodoh2 belaka. Salah satu sajian kenduri juga ialah ikan bakar, memang berselera sekali makan ikan bakar fresh.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, Disember 05, 2010 0 ulasan
Label: Peristiwa

Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada hari Jumaat 10hb September 2010. Saya pulang kekampung pada hari khamis petang. Sepatutnya boleh balik lagi awal tetapi terpaksa menunggu anak perempuan yang masih berkerja pada hari itu. Mujurlah boss dia lepaskan dia awal, maka pukul 3 petang kami berlepas. Seperti yang amat ditakuti, jalan mungkin jam setiap kali menyambut Hari Raya. Namun pada kali ini mudah2an lapang jalan dan dapat sampai rumah Mak dalam tempoh 2 jam sahaja. Jalan Bukit Putus pun sudah lurus, dan ini menambahkan lagi keselesaan memandu balik kekampung.
Elok juga sampai awal dikampung kerana Mak tak berdaya nak mengerjakan daging dan tulang2 rebusan. Saya dengan anak saya sempat membantu dan pada malam itu direndanglah oleh ibu daging sebanyak 5 kilo itu. Rebusan pun elok dah saya lapah2 dan terus dimasak. Pada malam hari raya semuanya beres. Lemang emak dah masak pada petang sebelum kami sampai. Kesian Mak! Dah berumur 82 tahun masih kuat kudratnya untuk buat lemang dan sebagainya cuma untuk menghidangkan kepada anak2 dan cucu2nya.
Pada pagi raya, kami pergi solat sunat hari raya di Mesjid Terusan. Alangkah indahnya mesjid, semuanya baru dan moden. Dari kabar berita yang saya pungut, anak watan kampung kami telah mendermakan sebanyak setengah juta ringgit untuk menaik puleh mesjid usang itu. Dato'Ramli namanya, jiran langkau 3 buah tapak rumah jer dari rumah Mak. Semasa solat hari raya, beliau masih dalam perjalanan pulang dari Jerman. Padatengah harinya baru dia sampai maka tak sempatlah jumpa dengan beliau.
Memang pun dia orang kaya, buat biznes gas dan petrol. Di India khabarnya beliau telah membina sabuah mesjid dan siap mengajikan saorang Imam untuk operasi seharian mesjid itu. Semoga sedekah jariah beliau direstui Tuhan dan beliau memperoleh banyak lagi kekayaan. Orang jenis ini elok sangat jadi kaya kerana kekayaannya di faraidkan untuk kebajikan dan amal ibadah menuju Allah. Pada hari raya kami menerima kunjungan tetamu, cuma pada lewat petang sempat berhari raya ke rumah saudara mara yang rapat.
Pagi raya kedua, saya berlepas ke Ipoh untuk berhari raya dirumah saudara mara belah isteri saya di Ipoh pula. Sampai Ipoh jam 2 petang dan mampu cover 4 bijik rumah sampai jam 11 malam. Pagi ini raya lagi dan pukul 5 nanti akan kembali ke KL, itu pun ikut nasihat Radio, supaya orang utara digalakan memndu balik ke KL dari jam 4 ptg hingg 7 malam, demi untuk menyelaraskan keselesaan di jalan raya.
Seperti tahun sudah2, sememang hari raya memberi keceriaan kepada kami semua kerana dapat bertandang ke rumah sanak saudara yang mana hanya mampu dilakukan sekali dalam setahun ataupun dua tahu. Alahaiii...
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, September 12, 2010 0 ulasan
Label: Peristiwa
Terkedu jugak saya bila mendengar kisah hidup saorang kawan yang baru saya kenali. Beliau menceritakan kisah hidupnya, begini ceritanya:
Lahir dari keluarga sederhana dikampung juga, namun mampu jugak menamatkan persekolahan dan mampu memperoleh Sijil MCE pada pertengahan tahun 60an dulu. Maka memohonlah berbagai pekerjaan atau pun kemasukan kemana mana kolej yang beliau layak. Nasibnya baik kerana dengan pantas mendapat jawapan bahawa MARA bersedia untuk menerimanya belajar di Maktabnya di Shah Alam. Namun beberapa dokumentasi perlu dikemaskini termasuklah satu bahagian 'referee' yang perlu diisi oleh pegawai kerajaan Division Satu.
Tiada saudara mara yang layak dalam tahap jawatan itu. Maka terpaksalah beliau berjumpa dengan Wakil Raayat. ADUN itu pun tidak sanggup menandatangani kerana ianya melibatkan wang yg banyak jika 'pelajar' itu engkar atau dibuang nanti. Kawan saya ini dengan rasa amat kecewa terus mengoyakkan borang tersebut.
Pada keesokan harinya, awal pagi lagi beliau telah bertolak ke KL untuk meneruskan kehidupan baru. Jalan yang sejauh 150 batu itu mampu di atasinya dalam sehari suntuk dan menginap ditepi sebuah bangunan besar di Kuala Lumpur. Seterusnya hidup getir terus menyelubungi dirinya, namun perkara ini memang sudah diramalkan olehnya maka ketabahan hati jualah yang mampu menebalkan tekadnya. Dalam tempoh dua minggu pertama memang begitu serik dan payah baginya, dan ada kalanya juga pernah beliau mencari sisa2 makanan yg terbuang demi untuk menyambung hidup.
Apabila sudah mendapat kerja dan dibayar gaji harian maka bertambah cerahlah kehidupannya. Dengan azam yang kuat untuk memajukan dirinya beliau terus meningkatkan dirinya dengan belajar lagi serta memohon kerja yang lebih bertanggung jawab.
Di akhir qalam.....di pertengahan umur 50an beliau telah memperoleh Phd nya serta menjadi saorang Professor di sebuah University yang termuka di negara kita ini. Dan juga diberi anugerah Dato' dari salah sebuah negeri di malaysia ini.
Tahniah sahabatku....elok sangat jadi satu contoh kepada anak2 kita yang masih bergelumang di bangku2 sekolah!
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Rabu, Ogos 18, 2010 2 ulasan
Label: Peristiwa
Pada 15hb June 2010 jam 1000 pagi, berlepaslah anak saya, menantu saya dan dua orang cucu saya ke satu negeri di Afrika. Keadaan sedih menyelubungi keluarga saya ketika berada di lapangan terbang KLIA semasa menghantar mereka menaikki pesawat. Namun, hidup perlu diteruskan dan didalam hidup berbagai jenis perjuangan perlu dilalui. Begitulah juga dengan anak sulung kami ini yang hanya beberapa tahun yang lampau baru saja kembali bertugas dari Turkministan di Eropah.
Cucu2 kesayangan saya dan isteri saya, Adam dan Adli hanya sekadar baru mengenal dan bermesra dengan kami kerana umur yang tua adalah 6 tahun dan yang bongsu baru mencecah 2 tahun. Tersekat kemesraan itu apabila mereka meninggalkan kami untuk berpindah diperantauan kembali. Kiranya pemergian mereka ini akan mencecah bertahun tahun, kerana ianya bergantung kepada keperluan merekadisana.
Saya sentiasa mendoakan mereka hidup aman sejahtera di negeri orang dan memungkinkan mereka mencapai kejayaan dalam karier hidupnya. Namun perhubungan kami kini adalah sekadar hubungan elekronik yang kian maju dewasa ini.
Kepada Fazili dan Adimar, kami semua menyayangimu dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian sekeluarga ditempat orang.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Sabtu, Jun 19, 2010 0 ulasan
Label: Peristiwa

Saya tergerak untuk memanjangkan satu kisah sedih yang berlaku di New York, USA. Namun kisah sebegini tidak semestinya tidak akan berlaku di negeri kita, rakan seperjuangan kita atau saudara kita sendiri.
George Turklebaum berumur 51 tahun bekerja di sebuah Kilang Percetakan sebagai 'proof-reader' dan beliau di sedari meninggal dunia oleh saorang pencuci pejabat semasa ingin mencuci pejabat George pada isnin pagi. Semasa dijumpai George telah pun meninggal selama 5 hari dalam kedudukan khusyuk dimejanya.
Betapa malang sekali nasib George, sehinggakan kawan sepejabat tidak menyedarinya. Begitu juga dengan saudara maranya yang sepatutnya menaruh syak kenapa George menghilangkan diri selama 5 hari! Nah, adakah perkara sebigini tidak berkemungkinan berlaku kepada kita, kawan2 kita dan juga jiran2 kita?
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, Mei 23, 2010 1 ulasan
Label: Peristiwa

Hari ini genaplah 203 tahun umur PDRM. Dalam rangka masa lebih dua abad itu polis telah memberi perkhidmatan terpuji yang sangat-sangat diperlukan oleh negara. Apa tidaknya, kerana inilah satu-satunya ajensi kerajaan yang terulung dan yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan undang-undang serta menjaga kedaulatan negara. Dengan adanya polis negara dipastikan aman dan keamanan ini akan membawa kepada kepesatan kemajuan di negara yang kita sayangi ini.
Mengimbau kembali perjuangan ku dalam PDRM yang bermula pada 16 June 1969 dan berakhirnya pada 8 Mei 2006 iaitu selama lebih 38 tahun. Dalam tempoh yang begitu lama, aku berkesempatan melihat beberapa ancaman terhadap negara terutamanya ancaman kominis yang mana akhirnya mereka menyerah kalah pada 1 November 1989. Oleh kerana aku berkecimpung hampir sepenuh masa perkhidmatanku dalam Polis Hutan (Polis Gerakan Am sekarang), maka banyaklah aku terlibat dalam peperangan menentang dan menghapuskan kominis ini. Alhamdullillah, Tuhan sentiasa dipihak yang benar, dimana kominis telah kecundang dan negara pesat maju kehadapan.
Ketenteraman dan kedamaian ini sudah tentunya tidak datang bergolek. Ramai juga teman seperjuanganku telah gugur dan tercedera demi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ramai para isteri telah menjadi ibu-tunggal dan juga anak-anak yang ketandusan kasih sayang dari bapanya sejak awal2 lagi. Ingin aku rakamkan pengharagaan diriku dan juga negara amnya terhadap para2 pejuang yang telah gugur semasa bersama denganku:
Allahyarham Mohd Zabri, Mendiang Mandi, Mendiang Bah Tradil, Mendiang Lebar, Allahyarham Mansor, Allahyarham Zainuddin. Mereka ini telah berjuang berhabisan dengan pehak musuh dan gugur dalam perjuangan. Semoga Tuhan meletakkan mereka di tempat yang sewajarnya disisiNya.
Hari ini, rakyat Malaysia hidup aman, tenteram dan mewah. Sekadar untuk memberitahu sahaja bahawa, kami dulu pernah susah, pernah menangis dan nyawa kami masa itu tidaklah berharga sesen pun. Peluru tidak mengenal siapa, malahan upah (gaji) yang kami terima tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan polis sekarang ini. Namun, tugas kami lakukan dengan penuh dedikasi tanpa mengira sebarang kekurangan dan kepincangan dipihak kami. Perjuangan pasti diteruskan!
Hargailah keamanan ini! Ancaman kepada negara datangnya dengan berbagai rupa, yang mana akibatnya rakyat akan sengsara jika ancaman ini tidak ditangani dengan segera dan betul. Sebagai pesara aku masih mempunyai jiwa dan raga dalam polis, kerana telah melebihi dari setengah umurku bergelumang dalam perkhidmatan ini. Kawan2 kesayangku ramai telah gugur dan cedera parah serta cacat-kekal!
Sudah tentunya aku sayang PDRM, dan di hari yang mulia ini, aku berdoa semoga PDRM akan terus kekal untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman negara kita yang disayangi iaitu Malaysia!
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Khamis, Mac 25, 2010 2 ulasan
Label: Peristiwa

Bak kata pepatah; ikan di laut asam di darat dalam belanga bertemu juga! Begitulah lumrahnya pertemuan dan jodoh setiap pasangan manusia. Pada 2 Januari 2010 berlangsunglah satu pernikahan sepasang mempelai yang juga merupakan anak buah ku yang tinggal di Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Ramai sanak saudara telah hadir untuk memeriahkan lagi perkahwinan ini.
Nurjannah berasal akar umbinya dari Kampung Juasseh di Negeri Sembilan, sementara pasangannya pula Meor Sharus Amir ialah dari Kg Layang2 Kiri, Parit, Perak, namun kini menetap di Ipoh. Yang menggumbirakan saya ialah termasuk Nurjannah ini adalah sedara yang keempat yang cara kebetulan ditemukan jodohnya dari kawasan Parit, Perak.
Yang mendahului senarai adalah aku sendiri yang berkahwin dengan puteri jelita dari Kg Layang2 Kanan, Parit. Kemudian adik iparku telah berkahwin dengan jejaka dari Tanjung Ipoh, Kuala Pilah bernama Rashid Maarof. Kemudian adik sepupuku Astarul Bahri telah berkahwin dengan puteri pilihan hatinya dari Kg Layang2 Kiri, Parit, Perak. Dan yang akhirnya sepupuku di Juasseh bernama Azmi bin Husain telah berkahwin dengan gadis pilihannya dari Tg Belanja, Parit, Perak.
Tiga jejaka dari Kuala Pilah telah bertemu jodoh dengan gadis2 dari Parit, Perak. Sementara yang perempuan hanya Nurjannah sahaja setakat ini yang menjalin silaturrahim hingga ke Parit, Perak. Sememangnyalah anak2 gadis Parit, Perak cantik-cantik belaka dan mampu meruntuhkan iman jejaka2 dari keluargaku.
Kejo yop kejo.....
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Isnin, Januari 04, 2010 1 ulasan
Label: Peristiwa
Pada 30hb November 2009 jam 2 petang saya sekeluarga telah keluar ke Ipoh untuk pergi makan. Balik kerumah jam lebihkurang pukul 4.30 petang. Sebaik baik saja saya masuk rumah saya telah terserempak dengan barang2 rumah dan pakai2an yang telah berselerak menandakan kecurian telah berlaku. Semua bilik dirumah telah digelidah dan barang bertaburan disetiap bilik.
Cuma 2jam setengah sahaja kami meninggalkan rumah, sipencuri telah bermaharaja lela dirumah kami. Satelah pemeriksaan dibuat didapati 2 biji komputer riba dan lain2 barang yang berharga telah hilang. Namun yang sangat saya kecewa ialah komputer riba saya yang menggandungi gambar2 yang tidak ternilai harganya pada diri saya telah hilang buat selama-lamanya.
Begitu juga dengan buku2 yang masih belum selesai saya tulis semuanya berada dalam komputer tersebut. Saya memohon kepada Allah subha nahu wataala agar komputer tersebut dapat ditemui semula atau yang terjumpa/terbeli/tercuri menyerahkannya kembali kepada saya.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Khamis, Disember 03, 2009 5 ulasan
Label: Peristiwa

Bergambar untuk kenang2an dihadapan rumah emak..rumah pesaka.
Hari Raya tahun ini jatuh pada 20hb September 2009 bersamaan hari Ahad. Saya beserta keluarga saya merayakan hari yang berbahagia ini bersama dengan ibu kesayangan saya saya di Kampung Terusan, K.Pilah, Negeri Sembilan. Seperti biasa saya telah balik kekampung pada pagi Sabtu jam 10 pagi 19hb Sept 2009 dan sampai kerumah emak jam 3 petang. Perjalanan yang biasanya memakan masa 2 jam kini telah menjangkau hingga 5 jam kerana jalan sesak dengan kenderaan yang masing2 berpusu-pusu hendak balik kekampung.
Solat sunat aidilfitri hari raya bermula jam 0930 pagi di mesjid Kg Terusan Ulu. Penuh sesak tahun ini kerana lagi ramai penduduk asal kampungku telah pulang kekampung. Ada juga yang datang lewat dan miss solat kerana saya ternampak mereka sampai tergesa-gesa semasa kami melakukan solat. Saya terjeling kerana saya solat di saf depan diluar perkarangan mesjid.
Gambar kenangan di Ipoh
Selepasnya saya sempat berhari raya dirumah adik saya Noriah dan juga Jemiah sebelum berlepas ke Ipoh. Di Ipoh kami sempat berhari raya dirumah adik beradik isteri saya di Ipoh iaitu di Kampung Pari Hilir dan juga Tambun.
Berhari raya di rumah Kak Munah di Kampung Pari Hilir, Ipoh
Gara2 seorang cucu, yang sangat pintar dan caranya tersendiri mengenakan atuknya.
Rupa2nya ada juga muslihat terselit dihatinya semasa bersalaman Hari Raya.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Jumaat, September 25, 2009 3 ulasan
Label: Peristiwa

Sempena hari ulangtahun kemerdekaan yang ke 52 ini saya mengucapkan selamat maju jaya kepada negara kita dan juga rakyat Malaysia semua. Haragailah kemerdekaan yang telah kita capai ini dan janganlah mensia-siakannya.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Isnin, Ogos 31, 2009 5 ulasan
Label: Peristiwa

Semalam saya pergi jemputan kenduri kat Perak. Kebetulan rumah kenduri tu tak jauh dari Lata Kinjang, maka lepas makan kenduri kami pergilah ziarah lata tersebut, apatah lagi rombongan saya pun ramai pulak kanak2. Memang pun mereka seronok dapat bermain dengan air sejuk di lata tersebut.
Sebaik sahaja kami mendekati lata 200 meter, terdapat satu road-block, kutip $1.00 dari sebiji kereta. Lepas itu masa nak parking kat kampung tu kena lagi $1.00 kerana itu adalah kawasan perumahan mereka (orang asli). Jalan nak masuk pula sangatlah sempit dan kereta parking tepi kanan jalan dan sebab itu jugaklah saya terpaksa masuk kompaun rumah orang untuk parking. Memang ramai pun tetamu lata pada hari hujung minggu ini.
Saya tidak mandi pun. Cuma anak2 buah sahaja yang turun ditempat cetek itu untuk mandi manda. Itu pun buat beberapa minit sahaja, cepat mereka naik balik kerana menggigil kesejukan. Memang pun airnya sangat sejuk dan jernih. Saya suka tengok tempat perkelahan yang bersih begini, cumanya agak sempit sedikit kerana terlalu ramai pengunjung.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Ahad, Jun 07, 2009 5 ulasan
Label: Peristiwa

Semalam hari minggu. Aku ambil kesempatan bawa isteri dan anak2ku untuk jenjalan makan angin hala ke Morib. Kononnya nak pergi menembaklah kak Wetlands disana tetapi ubah haluan terus ke Bagan Lalang saja. Tak jauh jugak, lebihkurang 80 km dari rumahku di Kota Damansara.
Aku ikut jalan highway North-South dan masuk Toll KLIA. Half way kona kiri masuk jalan LCC tu dan teruslah menghala ka Morib. Tak sampai Morib pun, aku masuk simpang pergi ke Gold Coast tu. Mula2 jumpa Sepang, lepas itu Kg Pelek dan seterusnya Bagan Lalang. Ramai orang kat tepi laut di Bagan Lalang mungkin ada pesta kot. Aku raun2 jer sampailah kehujung jalan tepi laut tu.
Terjumpalah dengan Resort Golden Coast tu. Tulis kat luar complexs tu....'20kilometers of Coastal Paradise!!" Hebat tu, memang dia nak developp tepi laut tu untuk tumpuan pelancung. Ada jugak aku jumpa resort2 kecil yang lain yang betul2 tepi laut, seperti AGRORESORT, JKKK tu, cuma 100$ jer semalam untuk satu rumah. Nantilah satu hari nanti aku pasti akan datang tinggal disitu.
Aku korner balik dan pandu terus kehujung satu lagi. Disinilah kami berhenti dan makan ikan bakar kat Restoran yang protruding ke sungai tu. Indah jugak tempat ni. Makan pun besss..kami 8 orang tak sampai pun 200$ billnya. Lepeh makan, kat luar tu ada market jual ikan, tak jadi beli pasal takut busuk kete aku.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Isnin, Jun 01, 2009 4 ulasan
Label: Peristiwa