Pada awal tahun 1972 saya pernah ditugaskan di kawasan tepi hutan Kulim untuk memburu kominis2 yang giat bermaharajalela disana. Kebetulan pengkalan hutan saya terletak di kawasan kampung di Kampung Sg Terap, Kulim, Kedah.
Disinilah saya berpeluang berjumpa dengan orang2 kampung dan bermesra dengan mereka. Namun kemesraan dan peluang keemasan yang paling berharga bagi saya ialah dapat bertemu dan mengenali ''MAK LANG MELAH''.
Saya bersyukur dapat mengenali beliau dan mendapat banyak pengajaran dan tunjuk ajar berkaitan ugama dari beliau. Sesungguhnya Mak Lang Melah adalah saorang insan mulia yang diberi banyak keistimewaan oleh Tuhan.
Kini sudah hampir 10 tahun saya tidak mendengar apa2 cerita darinya. Mungkinkah dia masih hidup atau sudah berpindah alam. Sesiapa yang mengenali beliau mungkin mengetahui banyak lagi kekeramatan beliau serta kasafnya yang sangat menyerlah bagi saya.
Mak Lang....anakanda rindu pada Mak Lang!
Khamis, 20 Oktober 2011
Mak lang Melah
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Khamis, Oktober 20, 2011 0 ulasan
Label: Wali Allah
Rabu, 29 April 2009
Wak Kandar
Lama dah cerita ni, saya bertemu dengan Wak Kanda beberapa tahun yang lalu. Masa itu dia tinggal di pondok buruk dalam kawasan rumbia di hujung kampung di kawasan Batu Pahat, Johor. Bila menghampiri pondoknya saya memberi salam namun tiada dijawab, hinggalah sampai memberi salam ketiga baru dijawab. Ketika itu pun saya sudah berada didepan pondoknya dan berhadapan denganya yang sedang duduk di berandah.
Saya mulakan bicara dengan 'Kenapa Wak tak jawap salam saya Wak?'
Dengan spontan dia menjawab, 'Wak ada diseberang tadi, bila dapat salam Wak terus bergegas kesini!'
Oh, tak apalah kalau gitu fikir dihati saya. Satelah memerhati sekeliling dan ke dalam pondok saya dapati keadaannya sangat dhaif sekali. Bila saya bertanya samada dia sudah makan belum, maka dijawabnya baru lepas makan rebus pisang katanya. Bila saya lihat dalam periok kecilnya nyata pisang itu sudah beberapa hari dalam periok itu tanpa diusik sedikit pun.
Sekitar luar rumah terdapat banyak burung merpati, unggas2 lain dan juga ayam peliharaan jiran bermain main. Suasana hutan menyelubungi keadaan dan kicauan burunglah yang membuatkan suasana sungguh nyaman dan syahdu sekali.
Kami berbual seketika dengan Wak Kanda, dan dari perbualan tersebut sememangnyalah tinggi amalan yang dihayatinya. Namun dia juga tidak kedekut dengan ilmunya dan darinya saya sempat juga bekalan sebaris dua ayat amalan darinya.
Kian beberapa bulan selepas pertemuan itu, saya berkesempatan pula menemui saorang 'alim jauh diutara iaitu di Kedah. Darinya saya telah diberitahu bahawa Wak Kanda memang tinggi darjatnya dan beliau kini telah meninggalkan syariat dunia, khususnya makan minum dan hanya mengabdikan diri pada Tuhan. Beliau juga telah diberi tanggungjawab untuk menjaga unggas2 yang ada dikawasan ini.
Huallah hualam bissawab.
Dicatat oleh ANUAR ZAIN di Rabu, April 29, 2009 9 ulasan
Label: Wali Allah
